03 November 2009

Ihya' Ramadan 1430H

Assalaum 'alaikum...

Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan kita nafas untuk meniti kehidupan dan melangkah kaki mengunjungi rumah Nya...menunaikan sekelumit ketaatan, secebis kesyukuran...mendamba rimbunan rahmat Nya, mengemis limpahan maghfirah Nya sambil menuruti jejak sunnah Rasul Nya S.A.W. (solat berjamaah).

Sudah berbulan-bulan blog ini tidak berisi dengan entry baru yang boleh dikongsi. Nampaknya virus 'tahi ayam' (hangat-hangat...) berjaya menundukkan imuniti mental dan emosi diri. Kali ini percubaan untuk kembali bangkit melemahkan virus itu...insyaAllah.

Hajatnya, ana nak berkongsi sedikit catatan mengenai program Ihya' Ramadan yg telah berlangsung sepanjang Ramadan lalu; iftar, tadarus...kemuncaknya ialah Khatam Al-Quran dan iftar perdana pada 14 September. Penyediaan jamuan secara gotong royong (masak nasi ambang) diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Hj. Sasman Yasir.

22 Mei 2009

Kursus Jenazah 2 (foto)

Pada Jumaat 22 Mei lalu, satu lagi bengkel tajhiz jenazah diadakan untuk
para guru pelatih kursus persediaan B. Ed TESOL. Us. Halmi b. Jaafar dari
Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Keluang dijemput sebagai fasilitator.

Us. Halmi telah menyampaikan taklimat dengan penuh semangat dan membuat
simulasi dan demonstrasi dengan jelas serta berjaya menarik
perhatian para peserta
Ustaz menunjukkan tanda seseorang hampir mati; tapak kakinya menurun




16 Mei 2009

KURSUS TAJHIZ JENAZAH

Kursus ini inisiatif guru-guru pelatih KPLI 2009 di bawah pemantauan Ust. Suhaimi & Us. Ahmad Puaad bagi memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam.


Mejer Wan dari KAGAT Pusat Latihan
Tentera Darat, Ulu Tiram
menyampaikan slot 1
berhubung alam barzakh.

Rupa-rupanya Mejer kawan lama sepengajian Ust. Suhaimi.






























































PW2 (Pegawai Waran 2) Shahzan
menunjukcara dan memberi
taklimat penyediaan kain kafan.


















"Jenazah" sabar menanti
apa yang akan diperlakukan....









Langkah seterusnya; memandikan...










"Jenazah" kesejukan














Proses mengkafan...


























Langkah terakhir; simulasi solat jenazah dibimbing oleh PW2 Shahzan










Azman memberi refleksi ringkas pengalamannya
menjadi model jenazah. "Semasa solat jenazah tu bila dengar takbir...memang terasa semacam... terbayang saat kematian"

09 Mei 2009

Foto Forum

Mohd. Suffian Amrin (penasyid Saujana) sebagai perantara siap
sedia untuk memulakan bicara

Ahli panel & pengerusi menunggu lampu hijau daripada Penerbit.


"Terima kasih daun keladi Dato' atas sumbangan penajaan Forum"
(Dato' Wan Ismail, Pengurus Besar Bank Islam)

"Terima kasih Suffian, wong Jowo ye?"

"Terima kasih Us. Syahrin dan tahniah jadi SU Politik Menteri,
kerap-keraplah datang bawa buah tangan daripada YB Menteri Pelajaran"

"Terima kasih Dr. Sharifah, harapnya tak serik datang sini"

"Terima kasih Us. Nazri, banyak isi dapat kami cedok"

Terima kasih Us. Norhamizi, sudi-sudilah ke mari lagi"

En. Dzul, Penerbit Forum diapit krew penerbitan JAKIM menikmati
'supper' selepas selesai

Dari kiri: En. Shahar, Eksekutif Pemasaran RTM yg berjaya mendapatkan penajaan Bank Islam, penulis dan En. Mukhlis, pembekal PA System & lighting. (Sehari selepas forum)

Sesungguhnya penganjuran Forum ini telah melebarkan jalinan ukhuwah dan rangkaian persahabatan yang menjadi jambatan amal soleh.

































Barisan ahli panel forum menunggu 'launching time'












أهلا وسهلا

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat Datang ke blog Surau Al-Jawahir Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

"Imarahkanlah rumah Allah di tempatmu pasti Allah memakmurkan penduduknya"